Text Size

BALAI CERAP AL-BIRUNI NEGERI SABAH

Pengenalan

Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah terletak di Tanjung Dumpil, Putatan kira-kira 15 KM dari Kota Kinabalu. Orentasi bangunan ini menghadap kearah laut Cina Selatan dengan kedudukan bearing bangunan berasaskan bearing koordinat arah kiblat 290° 22’ 31” .

Keluasan keseluruhan tapak melihat anak bulan adalah seluas 7.760 Hektar atau 19.17 ekar. Keluasan lokasi yang telah digunakan hanya seluas 7 ekar sahaja. Tapak
bangunan pula adalah seluas 2,000 kakipersegi (50'x40'). Keluasan tapak ini telah digazet pada 19 Oktober 2006 M / 28 Zulkaedah 1427H.

Lokasi Balai Cerap al-Biruni ini telah dikenalpasti sesuai sebagai tempat cerapan astronomi berdasarkan faktor berikut ;

a) Pandangan sekitarnya pada kedudukan azimuth 230°– 360° tidak terhalang dengan bangunan-bangunan tinggi dan;

b) Mempunyai pandangan ufuk barat yang jelas dan sesuai untuk aktiviti cerapan

Pada tarikh 17 Syawal 1428H / 29 Oktober 2007 Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah.

Waktu Solat

  • Zon 7 - Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu
  • 21/04/2018
  • Imsak 04:38
  • Subuh 04:48
  • Syuruk 06:06
  • Zohor 12:17
  • Asar 15:28
  • Maghrib 18:24
  • Isyak 19:35