Kemaskini Terakhir : 30 Januari 2012 Miladiah / 06 Rabiulawal 1433 Hijriah
INFO SEMASA
TAKLIMAT DAN KHIDMAT NASIHAT MENGENAI PELAKSANAAN PENGAUDITAN OLEH JABATAN AUDIT NEGARA DI PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH.
Pejabat Mufti Negeri sabah dengan kerjasama Jabatan Audit Negara telah mengadakan Taklimat dan Khidmat Nasihat Mengenai Pelaksanaan Pengauditan Oleh Jabatan Audit Negara secara 'In-house' yang telah disampaikan oleh En. Awang bin Haji Jali dan Puan Aida daripada Jabatan Audit Negara. Taklimat tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 17 Januari 2012M / 23 Safar 1433H bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.
SEMINAR PEMURNIAN AQIDAH: "PENJELASAN MENGENAI FAHAMAN SYIAH"
Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berjaya melaksanakan seminar yang bertajuk Seminar Pemurnian Aqidah: "Penjelasan Mengenai Fahaman Syiah" yang telah diadakan pada 30 November 2011M / 04 Muharram 1433H bertempat di Le Meridian Hotel, Kota Kinabalu.
Sebelum seminar tersebut berlangsung, Pejabat Mufti Negeri Sabah juga telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan Jawatankuasa Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-7 juga bertempat di Le Meridian Hotel, Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri yang telah diadakan pada 29 November 2011M / 03 Muharram 1433H.
Bacaan Doa di Majlis-Majlis Rasmi ini telah dibentangkan di Majlis Fatwa Negeri Sabah bil 1/2005 yang bersidang pada 12 – 14 September 2005, di Hotel Pan Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah /8-10 Sya’ban 1426 H, bertempat di Hotel Pan Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah dan Ahli Muzakarah bersetuju untuk memutuskan bahawa: