
PERUTUSAN S.S DATUK HAJI AHMAD ALAWI HAJI ADNAN
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, segenap puja dan puji dirafa'kan kepada Allah SWT, solawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya serta mereka yang sentiasa berada di jalan mustaqim iaitu jalan diredhai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya saw.
Saya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kelapangan dan kesempatan ini dan ingin mengucapkan ucapan tarhib Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum dan selamat datang ke laman web Pejabat Mufti Negeri Sabah.
Selari dengan perkembangan semasa yang berasaskan kemajuan teknologi moden maka sudah tentu penyampaian maklumat memerlukan satu cara yang mudah, cepat dan berkesan. Justeru itu, paparan laman web ini merupakan salah satu wasilah untuk merealisasikan misi dan visi pejabat ini di dalam menyampaikan maklumat seterusnya dapat memperkasakan dan memartabatkan institusi Mufti di dalam memartabatkan Hukum Syarak berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Saya mengharapkan agar laman web ini dapat membantu masyarakat di dalam mengetahui pelbagai data, maklumat dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Hukum Syarak dan Falak Syari'e untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan. Semoga Allah SWT meredhai dan merahmati setiap usaha yang dilakukan berasaskan keikhlasan kepada Allah SWT.
Sekian, terima kasih
Wassalam
S.S DATUK HAJI AHMAD ALAWI HAJI ADNAN
MUFTI KERAJAAN NEGERI SABAH