LAMAN UTAMA LATARBELAKANG BAHAGIAN MUFTI PERKHIDMATAN PENERBITAN
SM2 E-Cuti E-Izin Seminar E-Izin Keluar Negeri E-Pergerakan E-Circular Maklumbalas

  Latar belakang Pejabat Mufti Negeri

  1. Di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah 1977 No. 15 Tahun 1977, Mufti Negeri Sabah bertanggungjawab kepada Majlis Ugama Islam sabah. Pejabat Mufti adalah satu bahagian di dalam pentadbiran MUIS.

  2. Dengan penguatkuasaan Enakmen Pentadbiran Udang-undang Islam 1992 NO. 13 Tahun 1992, Mufti yang dilantik di bawah Enakmen NO. 15 Tahun 1977 menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah Seksyen 33 (2) Enakmen No. 13 Tahun 1992.

  3. Bagi menjalankan kuasa Mufti yang diterangkan di bawah Seksyen 34 Enakmen No.13 Tahun 1992 memerlukan satu badan terasing dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang khusus untuk mentadbir dan menguruskan perjalanan tanggungjawab kemuftian tersebut.

  4. Pewujudan Pejabat Mufti Negeri Sabah sebagai satu entiti yang berasingan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) maka sebab itulah ia diletakkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

  5. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25hb. September 1996 telah bersetuju dan meluluskan pewujudan Pejabat Mufti Negeri Sabah berkuatkuasa mulai 01hb. Ogos, 1996.

  6. Lokasi dan alamat Pejabat Mufti Negeri Sabah masa ini adalah seperti berikut : -

Pejabat Mufti Negeri Sabah

Tingkat 6, Blok B, Wisma MUIS

Jalan Sembulan

88999 Kota Kinabalu.

Telefon : 088-218322

Mufti Negeri Sabah
S.S Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan


Renungan Minggu Ini
Tunaikan amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianatimu.
Riwayat Muslim dan Abu Daud