Text Size

Ibadah

Takbir hari raya haji

BILAKAH MASA YANG DISUNATKAN BERTAKBIR BAGI HARI RAYA HAJI

___________________________________________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.

 

1)       Alhamdulillah, masa yang disunatkan bertakbir bagi orang-orang yang tidak        mengerjakan haji ialah mulai dari selepas sembahyang subuh 9 Zulhijjah iaitu   yang disebut hari 'Arafah ( عرفة ) sehingga  selepas ' Asar  ( عصر  )  pada 13     Zulhijjah. Ini seperti yang dijelaskan oleh al-'allamah Syams ad-din Abu 'Abdullah Muhammad bin Qasim asy-Shafie ( شمس الدين ابو عبد الله محمد بن قاسم الشافعي )   dalam kitab Hasyiah al-Bajuri ( حاسية الباجوري ) pada juzu' pertama yang berbunyi :-

ويكبر في عيد الأضحى خلف الصلوات المفروضات من مؤدات وفائتة وكذا خلف راتبة ونقل مطلق وصلاة جنارة من صبح يوم عرفة الى العصر من آخر يوم التشريق

         Maksudnya : “  Dan sunat bertakbir pada Hari Raya  Haji  (عيد الأضحى)  selepas  daripada solat-solat fardhu, sama ada solat fardhu itu tunai (اَدَاءً) atau tidak tunai  ( قَضَاءً ). Demikian juga selepas solat sunat rawatib, selepas solat sunat mutlak (مطلق) dan selepas solat jenazah (جنازة) bermula dari Subuh Hari 'Arafah sehingga solat 'asar dari akhir Hari Tasyriq ( تشريق )  pada 13 Zulhijjah.

Wadhihlah kepada kita bahawa kita disunatkan untuk bertakbir pada Hari Raya Haji atau  عيد الأضحى pada setiap solat fardhu yang lima ini kita laksanakansecara tunai ataupun qadha.

          Kita juga disunatkan bertakbir pada Hari Raya Haji ini selepas solat-solat sunat rawatib atau selepas solat sunat mutlak atau selepas solat jenazah.

2)         Bagi orang yang sedang mengerjakan haji pula, adalah tidak disunatkan bertakbir selepas solat-solat yang ditaudhihkan di atas kecuali bagi orang yang bertahallul ( تحلل ) iaitu bergunting / bercukur rambut sebelum zawal atau gelincir matahari atau selepas gelincir matahari,  disunatkan bagi orang yang sedang mengerjakan haji ini bertakbir selepas daripada solat-solat tersebut. Bagi orang yang sedang mengerjakan haji ini sebelum ia bertahallul (bergunting/ bercukur rambut) disunatkan untuk bertalbiah  (تلبية) iaitu :-

لبيك اللهم لبيك، لبيك ل شريك لك لبيك، إن  الحمد والنعمة لك والملك ل شريك لك

                Perkara ini ditaudihkan dalam kitab yang sama ( حاشية الباجوري ) pada juzu' pertama halaman 228.

          Demikianlah penjelasan dari pihak kami. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua.

                    والله تبارك وتعالى أعلم

Disediakan Oleh:

 

Pejabat Mufti Negeri Sabah                                                                                                                        5  April  2001 M