Fungsi
Pejabat Mufti Negeri Sabah yang diketuai oleh Mufti berperanan membantu dan menasihati TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah berkenaan dengan semua perkara mengenai hukum Syarak dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di negeri selepas Yang Di-Pertuan Agong dan Yang Di-Pertua Negeri.
[Seksyen 5 Enakmen Fatwa Negeri Sabah No. 7 tahun 2004]
Pejabat Mufti Negeri Sabah berkuasa membuat dan menerbitkan dalam warta sesuatu fatwa atau pendapat atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan hukum Syarak selaras dengan
[Seksyen 7 Enakmen Fatwa No. 7 tahun 2004].
Pejabat Mufti Negeri Sabah juga berkuasa untuk meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam warta di bawah Enakmen sekarang atau di bawah Enakmen terdahulu.
[Seksyen 10 (1), (2) dan (3) Enakmen Fatwa No. 7 tahun 2004]