Pejabat Mufti Negeri Sabah
LAMAN UTAMA HUBUNGI KAMI DIREKTORI SOALAN LAZIM MAKLUM BALAS
MENU UTAMA
Perutusan
Senarai Mufti
Enakmen Fatwa Negeri Sabah
AJK Majlis Fatwa Negeri Sabah
AJK Melihat Anak Bulan Negeri Sabah
PROFAIL JABATAN
Latar Belakang
Carta Organisasi
Visi / Misi
Fungsi
Objektif
Piagam Pelanggan
Intranet
BAHAGIAN
Fatwa
Falak
Rujukan Fatwa dan Tauliah
Pentadbiran dan Kewangan
PERKHIDMATAN
Fatwa
Tauliah
Kiblat
Kemusykilan Agama
PAUTAN LAIN

 


Bilangan Pelawat :

counter on godaddy

 

 

ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN FATWA 2004


Tarikh Persetujuan DiRaja       :    30 Ogos 2004
Tarikh disiarkan dalam Warta   :14 Oktober 2004
Tarikh mula berkuatkuasa        :1 Jun 2005 [GN 313/05]

_____________

SUSUNAN SEKSYEN
_____________

Mukadimah

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa
Seksyen 2. Tafsiran
Seksyen 3. Kecualian Prerogatif



BAHAGIAN II - PELANTIKAN MUFTI DAN FUNGSI MUFTI, KUASA MAJLIS FATWA NEGERI DAN FATWA YANG BERHUBUNG DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL

Seksyen 4. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti
Seksyen 5. Fungsi Mufti
Seksyen 6. Majlis Fatwa Negeri
Seksyen 7. Kuasa Majlis Fatwa Negeri untuk menyediakan suatu fatwa
Seksyen 8. Tatacara pembuatan fatwa
Seksyen 9. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat
Seksyen 10. Pindaan, ubahsuai atau pembatalan fatwa
Seksyen 11. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional
Seksyen 12. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Seksyen 13. Meminta pendapat daripada Majlis Fatwa Negeri
Seksyen 14. Qaul muktamad yang hendak diikuti
Seksyen 15. Perlindungan Mufti dan ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri



BAHAGIAN III - AM

Seksyen 16. Kaedah-kaedah

 

 

 


MUKADIMAH




image 1
                image 2

image 3
Saya memperkenankan,

TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH,
Yang di-Pertua Negeri.

30 OGOS 2004.

Suatu Enakmen bagi membuat peruntukan berhubungan dengan penubuhan organisasi fatwa, pelantikan Mufti dan Majlis Fatwa Negeri dan perkara-perkara lain yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Badan Perundangan Negeri Sabah seperti berikut:

 Kembali

 

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Fatwa 2004.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Kembali


Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Enakmen terdahulu" ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992;

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali;

"Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan" ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah peraturan 11 Peraturan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia;

"Majlis" errtinya Majlis Ugama Islam Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004;

"Majlis Fatwa Negeri" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran hal ehwal agama Islam bagi Negeri Sabah;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah di bawah seksyen 4(1) dan termasuk Timbalan Mufti Kerajaan yang dilantik di bawah seksyen 4(2);

"Negeri" ertinya Negeri Sabah.

Kembali

Seksyen 3. Kecualian prerogatif

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Enakmen ini yang boleh melemahkan, atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri Sabah sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Kembali

BAHAGIAN II


PELANTIKAN MUFTI DAN FUNGSI MUFTI, KUASA MAJLIS FATWA NEGERI DAN FATWA YANG BERHUBUNG DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL

 

Seksyen 4. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti

(1) Yang di-Pertua Negeri, atas syor Majlis, dengan persetujuan Menteri, boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti Kerajaan bagi Negeri.

(2) Yang di-Pertua Negeri, atas syor Majlis, selepas berunding dengan Mufti, boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Timbalan Mufti Kerajaan bagai Negeri.

(3) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2) jika dia -
(a) seorang warganegara;

(b) seorang yang arif tentang Hukum Syarak; dan

(c) seorang yang mempunyai pengetahuan tentang undang-undang Islam yang berkuat kuasa di Negeri.
(4) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(5) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri dan hendaklah terus memegang jawatan itu.

Kembali

Seksyen 5. Fungsi Mufti

Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertua Negeri berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri selepas Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain yang berkuat kuasa di dalam Negeri.

Kembali

Seksyen 6. Majlis Fatwa Negeri

(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa bernama 'Majlis Fatwa Negeri'.

(2) Majlis Fatwa Negeri hendaklah terdiri daripada -
          (a) Mufti, sebagai Pengerusi;

          (b) Timbalan Mufti;

          (c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;

          (d) tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai atas           nasihat Mufti dan dilantik oleh Majlis; dan

          (e) seorang pegawai dari Pejabat Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.

(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Majlis Fatwa Negeri yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Majlis Fatwa Negeri sehingga tempoh pelantikannya tamat di bawah Enakmen terdahulu.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecualI Mufti dan Timbalan Mufti, yang menjadi anggota Majlis Fatwa Negeri yang disebut dalam subseksyen (3) atas nama jawatan.

(5) Majlis Fatwa Negeri boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubungan dengan tatacara dan amalannya.

(6) Maka hendaklah dibayar kepada Ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri sebagai yang ditentukan oleh Menteri, elaun daripada Kumpulan Wang Majlis sebagaimana diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(7) Pelantikan oleh Majlis Fatwa Negeri di bawah subseksyen (2) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Kembali

Seksyen 7. Kuasa Majlis Fatwa Negeri untuk menyediakan suatu fatwa

Tertakluk kepada seksyen 11, Majlis Fatwa Negeri hendaklah, atas perintah Yang di-Pertua Negeri, dan boleh atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan Hukum Syarak.

Kembali


Seksyen 8. Tatacara pembuatan fatwa

(1) Sebelum Majlis Fatwa Negeri membuat suatu fatwa, Mufti boleh menyebabkan suatu kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

(2) Apabila Majlis Fatwa Negeri bercadang hendak membuat suatu fatwa, Mufti hendaklah memanggil suatu Mesyuarat Majlis Fatwa Negeri bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(3) Selepas suatu fatwa disediakan oleh Majlis Fatwa Negeri, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Majlis Fatwa Negeri, mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.

(4) Majlis boleh selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat syor kepada Yang di-Pertua Negeri untuk mendapatkan perkenannya bagi pewartaan fatwa itu.

(5) Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum penjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu perlu.

(6) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri Majlis Fatwa Negeri hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

(8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi teks fatwa itu boleh juga disiarkan dalam tulisan jawi.

(9) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).

Kembali

Seksyen 9. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat

(1) Apabila disiarkan dalam Warta, suatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri sebagai ajaran agama dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu melainkan jika dia dibenarkan oelh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan.

(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam Negeri tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.

Kembali

Seksyen 10. Pindaan, ubahsuai atau pembatalan fatwa

(1) Mufti atau Majlis Fatwa Negeri boleh meminda, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana fatwa yan telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 8, kecuali subseksyen 8(7), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuai atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dalam pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).

Kembali

Seksyen 11. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional

(1) Walau apapun kuasa Majlis Fatwa Negeri di bawah seksyen 7, apabila Majlis Fatwa Negeri mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Mufti atau Majlis Fatwa Negeri hendaklah menangguhkan perbincangannya dan membuat kajian lanjut sama ada kepentingan nasional itu selaras dengan "Maslahah" menurut Hukum Syarak atau sebaliknya, dan memaklumkan perkara yang sama kepada Majlis.

(2) Selepas menimbang teliti perkara itu, Majlis membuat syor kepada Yang di-Pertua Negeri, untuk mendapat perkenannya agar fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan melalui Majlis Raja-Raja.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), sesuatu fatwa adalah dianggap berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada berhubung dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan atau agensi-agensinya.

(4) Jika Yang di-Pertua Negeri memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2), Majlis hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.

(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis Raja-Raja mengikut subseksyen (2) tentang perkara itu.

(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau mengesyorkan supaya fatwa yang dibuat, dengan atau tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya, atau menasihatkan atau mengesyorkan suatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka Majlis hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen (8), kecuali subseksyen 8(7), hendaklah terpakai baginya.

(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan penyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

Kembali

Seksyen 12. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

(1) Majlis Fatwa Negeri hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh perbuatan atau amalan yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan menurut perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai fatwa dan seksyen 8, kecuali subseksyen 8(7), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu Fatwa yang disiarkan dalam Wartahendaklah disertakan dengan pernyataan fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

Kembali

Seksyen 13. Meminta pendapat daripada Majlis Fatwa Negeri

Jika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Majlis Fatwa Negeri tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Majlis Fatwa Negeri itu kepada Mahkamah yang membuat permintaan itu.

Kembali

Seksyen 14. Qaul muktamad yang hendak diikuti

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 8 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 13, Majlis Fatwa Negeri hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.

(2) Jika Majlis Fatwa Negeri berpendapat bahawa dengan megikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Majlis Fatwa Negeri bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

(3) Jika Majlis Fatwa Negeri berpendapat bahawa tiada satu-pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Majlis Fatwa Negeri boleh membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.

Kembali



Seksyen 15. Perlindungan Mufti dan ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri

(1) Walau apapun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti dan mana-mana ahli Majlis Fatwa Negeri tidak boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan berhubung dengan Hukum Syarak di mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak yang patut diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti mengenai persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapatnya kepada Mahkamah yang meminta itu.

(2) Mufti dan mana-mana ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri tidak boleh didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil bagi sesuatu fatwa yang telah diwartakan, dengan syarat fatwa itu diberi dengan suci hati dan berlandaskan kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini.

Kembali

 

BAHAGIAN III

AM

Seksyen 16. Kaedah-kaedah

Yang di-Pertua Negeri, atas nasihat Mufti melalui pemberitahuan dalam Warta, boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi -

       (a) prosedur Majlis Fatwa Negeri;

       (b) kod etika ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri;

       (c) elaun kepada ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri; dan

       (d) kaedah-kaedah lain yang difikirkan perlu bagi organisasi fatwa dan Mufti, bagi        melaksanakan fungsi Mufti dan kehendak-kehendak Enakmen ini.

DIPERAKUKAN oleh saya sebagai salinan Rang Undang-Undang yang tulen yang telah diluluskan oleh Majlis Dewan Undangan pada hari Selasa, 10 Ogos 2004.

Kembali

DATUK JAMES ANDREW VITALES,
Timbalan Speaker,
Dewan Undangan Negeri.

 

 

 

 

 

 


[Dasar Privasi] [Dasar Keselamatan] [webmaster]
^/Z!rD`w|6zOaٵ/Qih8뛁[0I!t:jVAdAmX8)2,r@[|Ć?} <(hmf>by i+fP(*;7.P[:sb~5 x*V)'gC:|Rcs iv✒Tz8!r8#(Dՠ-z{Xf!+0 hY